Tuesday, August 22, 2006

SEMINAR PERANAN WANITA DALAM ERA GLOBALISASI

"Sebaik-baik Hiasan Dunia Ialah Wanita Solehah"

ANJURAN BERSAMA

WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH
(WAMY MALAYSIA OFFICE)
&
PERSEKUTUAN SERUAN ISLAM (JAM‘IYAH)
SELANGOR & WILAYAH PERSEKUTUAN


Tarikh : 16 & 17 September 2006
Hari : Sabtu & Ahad (8.00 pg-5.00pm)
Tempat :
Kuala Lumpur International Hotel
Jalan Raja Muda Abdul Aziz, KL.

6.0 Tentatif program Sabtu – 16 September 2006
08.30 pg : Pendaftaran
09.00 pg : Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
09.05 pg : Gema Wahyu
09.20 pg : Persembahan Slot Multimedia WAMY Malaysia & JAM’IYAH
09.50 pg : Ucapan Pengurus Bahagian Wanita WAMY Malaysia
& Bahagian Wanita JAM’IYAH
10.00 pg : Ucapan Perasmian oleh Dato’ Sharizat Abdul Jalil
(Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga)
10.30 pg : Kudapan
10.45 pg : Pembentangan kertas-kerja 1:
Kisah-kisah Wanita Dalam Al-Quran
12.15 tgh : Sesi Soal Jawab
12.45 tgh : Makan tengahari dan solat Zohor
02.00 ptg : Pembentangan kertas-kerja 2: Wanita dan Keluarga
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab
04.00 ptg : Bengkel 1+2 & Pembentangan Kumpulan
05.00 ptg : Minum petang, solat Asar dan penangguhan

Ahad – 17 September 2006
08.45 pg : Taklimat Pengerusi Majlis
09.00 pg : Pembentangan Kertas Kerja 3:
Wanita Sebagai Pemangkin Kemajuan Negara
10.15 pg : Sesi Soal Jawab
10.45 pg : Kudapan
11.00 pg : Pembentangan Kertas Kerja 4:
Kesihatan Wanita dan Isu Seksual Semasa

12.15 tgh : Sesi Soal Jawab
12.45 tgh : Makan tengahari dan solat Zohor
02.00 ptg : Kertas Kerja 5: Wanita dan Undang-undang
03.00 ptg : Sesi Soal Jawab
03.30 ptg : Bengkel 3+4+5 & Pembentangan Kumpulan
04.30 ptg : Ucapan perasmian penutup
05.00 ptg : Minum petang, solat Asar dan bersurai

Yuran penyertaan: Pelajar IPTA/S RM 40
Individu RM 70
Wakil organisasi RM 100
(pakej termasuk folder, kertas-kerja, makan-minum)

Daftarlah sekarang!!!!
Sila hubungi:

CIK SITI (WAMY) 03-42574608 / 016-9661941 ATAU
PN. AIN (JAM‘IYAH) 03-40441950 sambungan 1951

Palestine Talk by Mr Maszlee Malik

Assalamualaikum warahmatullah. This Wednesday, Usrah Institution will be organizing the Palestine Talk in conjunction of Palestine Week . The objectives of the programme is to give awareness about the issue,facts and history that related to Palestine. The details are as follows :


Palestine Talk by Ust Maszlee Malik - Venue : E-theatre
Date : 23rd August 2006, wednesday
Time : 9 pm
Medium of Language : English

* Refreshment provided ( Giant Samurai Burger HB1), free saps point

We hope that all of us can support this programme as it is related to the issue of peace worldwide.All muslims and non muslims are invited to come. See you there!

Regards,
Usrah Institution

Friday, August 11, 2006

Salam Jumaat

Assalamualaikum warahmatullah..
Selawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w
Alhamdulillah sekejap sj dah sampai hari Jumaat..
saja menjengah ke blog sendiri..

tadi sempat repair pc dan fax surat2 ke beberapa buah sekolah.. ade orang kate tak payah keja teruk2 sebab tak dpt elaun pun.. tp ana rase tak boleh la amik kesempatan gitu.. kalau dah amanah tu kena la jalankan dengan sebaik2nya.. cuba praktikkan..
1/ jangan ambil kesempatan
2/ jangan bercakap bohong
3/ jaga/jalankan amanah dengan sebaik mungkin

petang ni diorg buat sambutan hari lahir bos lepas office hour.. hmm.. tgk la dulu kalu dpt join ke idak.. sebab nanti habis dah lewat sgt...

apa yg dpt dipelajari kat sini, kalau keja tu,jg percakapan.. sebab kita ni berjumpa dan bergaul dgn ramai org.. staff2 pun masing2 perangai lain2.. yg ke dua, kalau dengar citer tak baik tu jgn mudah percaya.. adili dengan sebaik mungkin.. baru dpt jalinkan hub. baik dengan semua..

"jangan ada payung2 yang kecil di bawah satu payung yang besar"

fikir2 kan.. :)
pesanan buat rakan-rakan.. rajin2 berada dlm wudhuk.. insyaAllah moga wudhuk menjadi asbab antum berasa tenang dan menyejukkan hati..

p/s: adik khairul dan akhawat yg lain semoga antum selamat tiba dan pulang dari program..

ilalliqa'

-alfaqirah ilaAllah..

Wednesday, August 02, 2006

Alhamdulillah



Raudhah Design TeamWork

Assalamualaikum warahmatullah semua.. apa kabar? harap sahabat2 sihat.. lama tak bersua.. hanya berhubung di alam maya.. harap2 blog antum pun update jugak sekurang2nya terubat juga rindu saya pada antum dan dpt juga berita2 terbaru antum yang dah lama terpisah.. :)

Alhamdulillah semalam genap hari ulangtahun kelahiran..biasa saja.. cuma dihadiahkan rasa syukur dan ketenangan oleh Ilahi..bahagia dengan suasana yang tersedia.. bersama keluarga sepuas hati.. bayar balik hutang kerinduan yang selama ini terpisah beberapa tahun dengan keluarga..

Cuma yang ditakuti ialah lalai apabila berada dalam keselesaan yang diberi..
Walau pun hari2 berlalu seperti biasa, tapi harapnya tanggungjawab atas diri sendiri tak dilupakan.. sehari atleast kene tambah ilmu walaupun 1 muka surat..

azam untuk tahun yang ke 24 ni? ermm ape ye?
harap2 thn ni berani drive keta.. errr.... :D

Monday, July 24, 2006

Aiman comel

Assalammualaikum..

perkara yg paling saya suka?
Bermain dgn budak kecil..
sebab?
sebab rasa sejuk hati bila tgk budak kecil senyum..

tempat: rumah atuk
waktu nak balik ke rumah, nak tutup pintu pagar, sambil tu Aiman(1 setengah tahun) bermain depan rumah.

saya: "babai Aiman.. kaksha nak balik dah.."(lambai tangan sambil tutup pintu pagar)
aiman: (meluru ke arah saya sambil menghulur tangan) "nak alam..."
saya: "oh nak salam.. meh sini.."(sambil senyum hulurkan tangan)
aiman: "nak iyom.." (nak cium..)

aiman cium pipi..(comel dan cerdik..)

aiman:"emh.. ucuk.."(busuk)
saya:"heheh amboi..pandailak adik nih.. dah nak cium, kite lak yg busuk.. hehe pandai lak dia nak ngusik.."
aiman:"babai..."(sambil lambai dan ketawa puas hati usik kakak..)
saya:"babai aiman.."(sambil ketawa jugak..)

adik comel ni bukan main pandai usik ye.. aiman.. dah besar pun.. dari kecik duk tidurkan dia,jaga dia waktu cuti.. alahai rindu kat aiman.. :)
jadi anak yg soleh ye dik.. :)

anak2 dilahirkan bersih tiada dosa.. penghibur ayahanda dan bonda.. :)

Al fatihah buat anakanda Danish (Allahyarham)

Assalamualaikum warahmatullah..

Takziah buat kak mazuin sekeluarga atas kembalinya anakanda danish 25 hari ke Rahmatullah pada Subuh 23 Julai 2006.. walaubagaimanapun, syukur atas Ilahi kerana ibunda dapat menatapi wajahnya yg sebelum ini dijangka lahir pada 1 Ogos depan..

Semua yg berlaku adalah takdir dari Allah.. dari NYA kita datang,kepada NYA kita akan kembali.. nantikan ibunda di syurga..

Al Fatihah..

Wednesday, July 19, 2006

hari yg tenang..

Alhamdulillah.. beberapa hari lepas dapat rezeki murah.. lega rasanya..apa yg boleh dikatakan ialah, memang tak rugi kalau berbuat baik kepada ibu bapa.. hati rasa lega, rezeki mudah diterima.. itu saja yg dpt diungkapkan.. seronok dpt menggembirakan ibu bapa.. alhamdulillah syukur..